Wednesday, July 2, 2008

Komando 69 Dan Unit Tindakan Khas (PDRM)


KOMANDO 69 (VAT 69)





Komando 69

Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan. Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar. Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi celah jari jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.

Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Keputusannya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.




Lambang

Salah seorang anggota Komando 69 bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Salah seorang anggota Komando 69 bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Motto
Warisan Darah Perwira
Hitam
Simbolik kepada penugasan Komando 69 dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
Merah
Melambangkan keberanian bagi perajurit-perajurit Komando 69
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
2 Bilah Kerambit
Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap

Latihan

Latihan asas Komando 69 terdiri daripada 3 fasa;

Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.
Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.
Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.

Payung Terjun

Pasukan payung terjun Komando 69 bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).

Cawangan Latihan Para Komando 69 bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara fakta, Komando 69 juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.

Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan

Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih Komando 69 sendiri. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.

Menyelam

Keanggotaan lain yang diterapkan dalam Komando 69 adalah menyelam, separuh dari anggota Komando 69 mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota Komando 69 berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.

Keputusan Komando 69 untuk menjadikan kemampuan cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota Komando 69 juga turut dihantar untuk mengikuti kursus di luar negara.

Kelengkapan

Pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dilengkapi dengan peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.

Senjata

Data Persenjataan Khas
Pistol Senapang Patah SMG/PDW Raifal/Karbin Penembak Tepat Mesingan Grened
Beretta M92F/S1 Remington M870 HK MP5A3 Colt M16A1 Acc-Int. PM M60E1 M79
Browning HP Mk.3 Remington M1100 HK MP5-K HK 331 HK G3/SG-1 HK 11A1 M203
Colt M1911A11 Winchester M12 HK MP5SD2 Steyr AUG A2 HK 33 Sniper1
Grened Kuasa Tinggi
Glock 19 Franchi SPAS 12 HK MP7 PDW HK 416 Sig SSG 2000
Grened Cahaya
HK P9S Franchi SPAS 15
HK G36C Remington 700
Grened Asap
Sig Sauer P226





Steyr M-9





Vektor SP1





Yavuz 16 Compact





1 Pistol Colt M1911A1 berkaliber .45 ACP buatan Amerika Syarikat pernah digunakan oleh para pegawai tentera British, askar Melayu dan pegawai polis Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Polis Diraja Malaysia) semasa Perang Dunia Kedua dan Darurat di Tanah Melayu. Manakala Beretta M92F/S digunakan oleh Komando 69, UTK dan Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1970an semasa penugasan menentang pengganas komunis. Apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan sistem persenjataan terbaru yang terdiri daripada jenis Glock, Sig Sauer dan Steyr pada tahun 1980an, Beretta dan Colt telah dihentikan perkhidmatannya, tetapi hanya 1% pegawai dan anggota sahaja yang masih menggunakannya terutamanya dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Persenjataan, malahan Cawangan Battalion Perisikan 165 Angkatan Tentera Malaysia juga turut menggunakannya. Manakala raifal HK 33 dan HK G3 dihentikan perkhidmatannya pada tahun 1990 dan digantikan dengan raifal Colt M4A1, HK G36C, HK MSG 90 dan HK PSG-1 sebagai senjata utama.

Kelengkapan

  • Alat Pandang Malam (Night Vision Goggle, NVG)
  • Pejera Laser
  • Pejera EO Tech
  • Ves Kalis Peluru

Misi dan operasi

Pasukan elit Komando 69 dan UTK mempunyai rekod pertempuran yang baik tetapi mempunyai profil yang rendah, khasnya UTK.

  • 1969 - Komando 69 memulakan operasi pertamanya di hutan dan berjaya menumpaskan sebilangan besar komunis dan merampas kesemua senjata dan kelengkapan komunis.
  • 19 November 1985 - Unit anti-pengganas Komando 69 bersama seluruh formasi PDRM didalam operasi yang dikenali sebagai Ops Hapus melakukan serbuan ke atas kediaman Ibrahim Mahmud yang dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah yang menyebabkan beliau terkorban ditembak berpuluh kali di dadanya bersama 13 penduduk kampung. Selain itu, seorang pegawai kanan PPH dan dua anggota polis turut terkorban, dipercayai tertembak sesama sendiri.
  • Berikutan insiden kegiatan lanun yang mengganas di kawasan pekan di Sabah, pasukan Komando 69 telah dihantar beroperasi untuk menumpaskan aktiviti lanun di Sabah dan hasilnya, kegiatan lanun berjaya dihapuskan.
  • Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
  • Seorang ahli militan MNLF Filipina bernama Rizal Aleh berjaya melarikan diri ke Sabah bersama bapanya dan memulakan kegiatan jenayah dengan taktik-taktik lanun. Apabila Komando 69 yang diketuai oleh DSP Mohd Noor bin Razak dihantar sekali lagi ke Sabah, Rizal, bapanya dan rakan-rakannya berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah Semenanjung atas jenayah yang dilakukan, kemudiannya Rizal dan bapanya diserahkan kepada kerajaan Filipina memandangkan kedua-duanya amat dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
  • 29 Jun 1994 - Unit Tindakan Khas telah melakukan serbuan ke atas sebuah tempat persembunyian P. Kalimuthu atau Bentong Kali di Medan Damasara, Selangor. Dalam serbuan ini, penjenayah yang paling dikehendaki polis ini berjaya ditembak mati.





UNITI TINDAKAN KHAS (UTK)






Unit Tindakan Khas
Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan.

Anggota Unit Tindakan Khas bersenjatakan SMG HK MP5 dan pistol Vektor SP1 dalam sesi latihan CQB di fasiliti latihan.

Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas Komando 69. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana Komando 69, Unit Tindakan Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

VAT 69/UTK

Logo Pasukan Elit Komando 69/UTK.
Aktif Oktober 1969 - VAT 69

Januari 1975 - UTK

Negara Malaysia
Cawangan Polis Diraja Malaysia
Jenis Pasukan Elit
Peranan Pencegah keganasan dalam negara dan penguatkuasa undang-undang
Keanggotaan Sulit
Sebahagian dari Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA
Markas/Ibu pejabat Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan
Pusat Latihan PGK Ulu Kinta, Perak
Gelaran Task Force, Charlie Force, Special Project Unit, PGK B - VAT 69

PGK A - UTK

Motto Warisan Darah Perwira - VAT 69
Tangkas Banteras Ganas - UTK
Perang/pertempuran Insurgensi Komunis,
Penumpasan Lanun,
Pencegahan Jenayah,
Militan Rizal Aleh (MNLF)




Pasukan Gerakan Khas

Panji Pasukan Gerakan Khas.
Aktif 20 Oktober 1997 - kini
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Cawangan Polis Diraja Malaysia
Jenis Pasukan Operasi Khusus
Peranan Pencegah keganasan domestik dan penguatkuasaan undang-undang
Keanggotaan Sulit
Sebahagian dari Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam - KDN/KA dan Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Markas/Ibu pejabat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dan
Pusat Latihan PGK Ulu Kinta, Perak
Gelaran PGK Detasemen A - UTK
PGK Detasemen B - VAT 69
Motto Warisan Darah Perwira - VAT 69,
Tangkas Banteras Ganas - UTK
Warna Beret Merah hati dan Perang
Ulang tahun 23 Oktober,
25 Mac (Ulangtahun Peringatan Hari Polis),
31 Ogos (Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia)
Perang/pertempuran Sila lihat Operasi yang diketahui
Komander
Kolonel
Rejimen
SAC II Muhammad Sabtu bin Osman
Tanda kebesaran
Trimedia PGK


Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Battalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan perang ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.

Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1997 dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.

Senarai kandungan


Identiti

Beret Merun
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas A atau Unit Tindakan Khas.
Beret Perang Pasir
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69.
Trimedia Sayap Payung Terjun
Merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh pasukan elit PDRM ini. Dan juga kemampuannya dalam pengoperasian unit payung terjun pasukan ini dan penyusupan komando melalui udara.

Ketiga-tiganya dianugerahkan oleh United Kingdom Special Air Service, kerana unit inilah yang menjadi perintis utama penubuhan dua buah pasukan elit PDRM ini.

Tugas

Peranan Pasukan Gerakan Khas meliputi:

  • Pengumpulan risikan khas dalam misi pengintipan dan tugas menggempur.
  • Melibatkan diri dalam operasi khas membantu Cawangan Khas PDRM dalam memerangi organisasi subversif atau kegiatan pengganas.
  • Operasi menangani-keganasan didalam negara bersama dengan angkatan tentera.
  • Penguatkuasaan undang-undang dalam tugas menangani pelbagai jenayah bersenjata didalam negara.
  • Operasi menangani-keganasan diluar negara Malaysia, misalnya Operasi Astute di Timor Leste.
  • Tugas mencari dan menyelamat didalam dan luar Malaysia, contohnya insiden tsunami di Acheh, Indonesia.
  • Tugas kawalan rapat ke atas Yang DiPertuan Agung, raja-raja diseluruh Malaysia, menteri dan orang-orang kenamaan serta diplomat.
  • Tugas-tugas lain yang difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara.

Sejarah



Organisasi

Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Berikutan meningkatnya beberapa siri insiden keganasan di pasca serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, unit ini dipertingkatkan kepada penugasan anti keganasan bagi mengelakkan negara yang berdaulat ini dipengaruhi oleh sebarang agenda pengganas walau seinci sekalipun. Bagi memastikan sebarang operasi (khasnya operasi anti-pengganas) berjaya, keanggotaan PGK yang mana 1 platun berkekuatan 6 hingga 10 anggota dan diketuai oleh pegawai berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor hingga Superintendant terdiri daripada ahli raifal atau anggota CQB, pakar bahan letupan, komunikasi dan paramedik. Selain itu, unit ini turut bekerjasama dengan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia seperti 10 PARA, Grup Gerak Khas, PASKAL dan PASKAU bagi menjaga keselamatan dan keamanan Malaysia.

Operasi, Perintah dan Kawalan

Komander PGK bertanggungjawab dalam sebarang operasi yang dijalankan. Kerjasama dan bantuan boleh diperolehi dari Ketua Polis Negeri di mana sebarang operasi tersebut dijalankan. Komander PGK juga bertanggungjawab terhadap pendekatan yang diambil dalam melaksanakan tugas.

Peranan

Anggota polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM semasa serbuan di dalam kokpit pesawat. Perhatikan pistol Glock 17 yang menjadi senjata utama pasukan elit Polis Diraja Malaysia ini.

Anggota polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM semasa serbuan di dalam kokpit pesawat. Perhatikan pistol Glock 17 yang menjadi senjata utama pasukan elit Polis Diraja Malaysia ini.

UTK yang beroperasi seperti unit SWAT Amerika Syarikat ini menjalani operasi dengan tanpa pakaian seragam unit khas. Unit ini biasanya menjalankan operasi mengekang kegiatan jenayah bersenjata di pekan dan bandar. Manakala Komando 69 yang asalnya merupakan batalion elit bagi Pasukan Polis Hutan (PPH) (kini Pasukan Gerakan Am) menjalankan operasi dihutan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk membanteras segala ancaman pengganas komunis pada tahun 1969 hingga berakhirnya tempoh insurgensi pada tahun 1989 (20 tahun). Dilatih khusus oleh Special Air Service United Kingdom, perwira Komando 69 kini menjalani latihan pelbagai tempur dan misi pengintipan khas.

Pasukan penembak tepat dan pakar bahan letupan unit ini pernah mendapat latihan khas dari beberapa pasukan elit negara asing termasuklah Special Air Service (Australia, New Zealand dan United Kingdom), Pasukan Peronda Sempadan Polis Diraja Thailand dan beberapa unit-unit elit Amerika Syarikat seperti US Navy SEALs, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Special Weapon and Tactics (SWAT) serta pasukan elit yang lain. UTK diberi beret maroon dan Komando 69 dianugerahkan beret kelabu, iaitu beret kebanggaan yang dianugerahkan oleh pasukan ke 22 SAS.

Pada 14 November 2006, adalah menjadi sejarah pertama buat Pasukan Gerakan Khas apabila kedua-dua beret kebanggaan unit ini dianugerahkan sebagai Beret Diraja setelah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail di Perbarisan Diraja yang bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sempena persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong.

Latihan Bersama

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mencuba beret PGK yang dipersembahkan sebelum kedua-dua beret kebanggaan unit elit ini dianugerahkan dengan gelaran Beret Diraja.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mencuba beret PGK yang dipersembahkan sebelum kedua-dua beret kebanggaan unit elit ini dianugerahkan dengan gelaran Beret Diraja.

Pasukan Gerakan Khas turut menjalani latihan silang bersama dengan unit-unit elit luar negara seperti British SAS, BRIMOB Indonesia, STAR Singapura, ASASR (Australia), NZSAS (New Zealand), Pasukan Penyelamat Tebusan FBI, US Green Beret dan US Special Operations Command Pacific (USSOCPAC).

Unit ini mendapat latihan khas meliputi kursus;

  1. Teknik tempur jarak dekat (CQB atau CQC)
  2. Mencari dan menyelamat
  3. Menyelamat tebusan
  4. Penerjunan bebas (HALO/HAHO)
  5. Mematikan alat letupan (EOD)
  6. Mengalih atau mematikan bahan HAZMAT
  7. Operasi di kawasan pembinaan - OBUA
  8. Tempur bukan konvensional
  9. Kawalan rapat
  10. Kepakaran menembak pantas dan tepat (sharpshooter)
  11. Sabotaj
  12. Perisikan khas
  13. Penggunaan pelbagai bahasa
  14. Tempur dan menyelamat didalam bangunan, pelantar minyak, kapal dagang serta didalam bandar - FIBUA
  15. Tempur didalam keretapi, lapangan terbang dan pesawat udara
  16. Pengintipan
  17. Turun menggunakan tali
  18. Rondaan jarak jauh
  19. Penembak tepat
  20. Pengendalian sistem C4-I
  21. Penggunaan unit K9
  22. Tempur tanpa senjata
  23. Tempur berpisau (misalnya dengan pisau tempur, keris, kapak pedang dan,terutamanya kerambit)
  24. Karate do
  25. Seni silat polis (Silat Warisan Gayung Halilintar, khasnya bagi Komando 69),
  26. Mematikan jerangkap samar
  27. Letupan khas di bawah permukaan air
  28. Penyelam tempur
  29. Tempur berkenderaan khasnya bermotosikal
  30. Penyusupan lintas udara
  31. Penyamaran sulit khas(khasnya 69 Komando)
  32. Latihan payung terjun dan pelbagai lagi.

Pada 10 hb Disember 2003, Ketua Polis Negara Tan Sri (B) Mohd Bakri bin Omar telah melancarkan program latihan bersama USSOCPAC dengan unit ini serta pasukan separa tentera PDRM - Pasukan Gerakan Am di Sekolah Latihan Pasukan Gerakan Am (SLPGA), Ulu Kinta, Perak. Di akhir latihan, dipercayai 42 daripada 194 yang layak dalam pemilihan pasukan ini. Bagi pemilihan dalam latihan asas Komando 69 pada bulan Mei hingga September 2006, hanya 44 daripada 91 anggota berjaya dipilih.

Tokoh Terkenal PGK

  • Wira Komando 69, DSP G/9045 Mohd Noor bin Razak (bersara)
  • Wira Komando 69, ASP G/10958 Abdul Razak bin Mohd Yusoff
  • ASP G/11188 M.V Serikumar s/o Madhavan Nair
  • ASP G/12236 Abd. Rahim Saffiee
  • Wira Komando 69, ASP I/3427 Mohd Zabri bin Abdul Hamid (meninggal dunia pada 3 September 1975)
  • Sarjan Abdul Rahim bin Megat
  • Koperal Md. Nazri bin Kassim
  • Koperal Jamaluddin bin Md. Isa
  • Koperal Ismail bin Ibrahim (meninggal dunia pada 27 Mac, 2000 - Nahas Payung Terjun)
  • Koperal 110992 Idrus bin Johar (meninggal dunia pada 18 Ogos, 2004 - Nahas Payung Terjun)
  • Koperal Zawawi bin Hassan
  • Koperal/W 133562 Mazlinda binti Mohd Noor
  • Koperal/W 138143 Merli Zaifa binti Abdul Sani


Berikut adalah senarai pangkat dan jawatan yang dipakai oleh unit ini sepertimana unit PDRM yang lain.

  • Komander=Assisten Commisioner (ACP) kepada Deputy Comissioner (DCP).
  • Ketua Batalion=Assisten Superintendent (ASP) kepada Superintendent (Supt).
  • Ketua Kompeni=Inspektor kepada Cif Inspektor
  • Ketua Skuad/Ketua Platun=Sarjan kepada Sub Inspektor.

Kelengkapan

Sebagaimana pasukan khas yang lain, Pasukan Gerakan Khas semestinya dilengkapi dengan persenjataan khusus dan peralatan khas bagi penugasan khas menangani keganasan dan kegiatan jenayah berat. Disini ialah senarai senjata api dan peralatan yang digunakan oleh unit ini.

Senjata Api

Data Kelengkapan Senjata Api
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal Tempur/Karbin Penembak Tepat Mesingan P. Grened
Glock 17 Benelli M3 Super 90 HK MP5A5 Colt M4A1 SOPMOD Block I Acc-Int. PM FN Minimi HK AG-364
Glock 18 Franchi SPAS-12 HK MP5-N Colt M16A1 HK PSG-1A1 M60E2 M79
Glock 19 Mossberg 590 HK MP5K-A4 HK 416 Commando1 Remington M700
M203
HK Mark 23 Mod 02 Remington M870 HK MP5SD3 HK G36C


HK USP Compact Remington M1100 HK MP7A11 Steyr AUG A2


Sig Sauer P2022
HK UMP 9



STI Grandmaster






1Diawal tahun 2007, dipercayai PDRM akan dibekalkan sistem persenjataan terbaru oleh Syarikat Persenjataan Heckler & Koch yang terdiri daripada senjata HK MP7 PDW, HK 416 Commando, HK 417 Sniper dan HK XM8 Commando kepada unit Pasukan Gerakan Khas dan unit-unit lain setelah menjalani uji nilai pada bulan Disember 2006 bagi meningkatkan keperluan sistem persenjataan yang ada didalam PDRM.

2Difahamkan, pistol separa automatik Heckler & Koch Mark 23 berkaliber .45 ACP turut dibekalkan kepada unit elit PDRM ini bagi menggantikan pistol Colt M1911 yang telah usang, tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang menggunakannya. Ini kerana, majoriti dikalangan pegawai dan anggota elit ini lebih gemar menggunakan pistol berkaliber 9 mm namun Mark 23 ini masih mendapat tempat terutamanya jika digunakan dalam pertempuran jarak dekat memandangkan ianya begitu efektif dan mampu memberikan kuasa tembakan yang amat jitu (stopping power) sungguhpun menggunakan kaliber yang berkuasa tinggi.

3Turut difahamkan, HK UMP 9 yang menggunakan peluru 9 mm ini turut digunakan oleh pasukan respon krisis yang ada di dalam unit aturgerakcepat Pasukan Gerakan Khas serta cawangan-cawangan PDRM dalam menangani sebarang krisis yang melibatkan keganasan dan jenayah. Submesingan Heckler & Koch MP5 adalah sistem persenjataan ringan yang paling cukup sinonim dengan persenjataan pasukan khas seluruh dunia termasuk PGK sendiri.

4Pelancar bom tangan HK AG-36 yang boleh dikembarkan dengan raifal G36, 416 dan M4 atau M16 akan dibekalkan kepada unit ini bagi memperkasakan sistem persenjataan ringan unit ini.

Peralatan Sokongan

Data Kelengkapan Sokongan
Grened Kuasa Tinggi Grened Cahaya Gas Pemedih Mata Perisai Taktikal Sistem Pandang Malam Penanda Laser
T - Baton Gari Flexi Topeng Gas Taser Penyembur Lada Pejera Teleskopik
Kamera Optik Lampu Suluh Battering Ram Ves Kalis Peluru Bahan Letupan C4 Kamera Jarak Jauh
Tangga Gempur Peluru Tambahan Topi Balistik SPECTRA Pejera Titik Merah ML2 Aimpoint CompM2 Aimpoint CompM4
A/Pertolongan Cemas Gari Skop Inframerah Peluru Kekacang2 Alat Pemusnah Bom AN/PEQ-6


2Peluru kekacang atau bean bag shells merupakan peluru senapang patah yang biasanya digunakan oleh polis khasnya di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyuraikan rusuhan yang tidak mampu dikawal dengan gas pemedih mata. Ia tidak sama dengan kaliber Buckshoot, bebola kekacang peluru yang diperbuat daripada plastik dan getah ini hanya boleh mendatangkan kecederaan minima dan ia tidak membunuh. Bagi kegunaan Pasukan Gerakan Khas, peluru ini digunakan untuk mencederakan penjenayah sekiranya diarahkan oleh pihak atasan untuk menangkap penjenayah itu hidup-hidup.

Kenderaan Tempur

Berdasarkan laporan, unit ini menggunakan kereta perisai Commando V-150D dan GKN Sankey AT105 yang dilengkapi dengan senjata mesingan M60 oleh Pasukan Gerakan Am sebagai kenderaan tempur didarat khususnya dikawasan bandar dan hutan serta mengubahsuai kenderaan peronda polis (MPV), trak, van dan bas sebagai kenderaan taktikal. Bagi peperangan maritim pula, unit ini dibekalkan dengan bot tempur, jet ski dan Marine Subskimmer (bot selam mini) untuk tugas-tugas operasi amfibi dan kawasan perairan.

Sementara bagi penugasan operasi melalui udara, Pasukan Gerakan Khas menggunakan pesawat pengangkutan udara dari jenis C-130 Hercules yang dipinjamkan khas daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pesawat milik Unit Udara PDRM sendiri yang terdiri daripada Cessna 206G, Cessna 208 Caravan 1 dan Pilatus Porter PC-6 bagi kegunaan unit payung terjun, penyusupan lintas udara dan penerjunan bebas (HALO/HAHO) serta helikopter jenis E-Squirrel AS-355 F2/AS-355N bagi tugas pengintipan, penurunan melalui tali dan teknik hover jump iaitu penerjunan dari pesawat ke permukaan air.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kesemua penggunaan meliputi kelengkapan, persenjataan, peralatan sokongan, latihan dan logistik serta kenderaan pengangkutan yang dibekalkan kepada Pasukan Gerakan Khas PDRM ini boleh dikatakan setanding dengan kelengkapan unit-unit anti pengganas Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Malaysia. Dianggarkan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan beberapa juta Dollar Amerika (US Dollar) kepada PDRM untuk membeli semua kelengkapan tersebut secara berperingkat-peringkat bagi mempertingkatkan mobiliti pasukan elit ini sejajar dengan Rancangan Malaysia yang kesembilan.

Unit Induk

Untuk memantapkan lagi keselamatan negara dari ancaman keganasan dan jenayah, Pasukan Gerakan Khas turut mempunyai 2 tim penggempur yang dipercayai telah dilatih sendiri oleh PGK ataupun unit khas asing, walaupun ianya kurang popular tetapi mempunyai kemampuan untuk mengekang sebarang ancaman besar yang menggugat kestabilan negara. Unit yang diperkatakan tersebut adalah Unit Selam Tempur dan Unit Tindak Cepat (UTC).

Unit Selam Tempur


Unit Tindak Cepat

Unit Tindak Cepat pula merupakan satu unit khas berprofil sederhana yang biasanya berkhidmat dibawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) baik dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mahupun Jabatan Narkotik, tetapi kebanyakkannya tertumpu kepada JSJ Cawangan D9. Berpusat di ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negeri, unit ini ditugaskan untuk mengekang sebarang kegiatan jenayah dibandar-bandar besar, khasnya rompakan bersenjata mahupun aktiviti penyeludupan. Boleh dikatakan, unit ini bertindak sebagai unit penggempur hadapan sebelum bantuan daripada Pasukan Gerakan Khas tiba di lokasi serangan. Unit ini pernah terlibat dalam beberapa siri operasi cegah jenayah berat dan berjaya menumpaskan penjenayah sungguhpun penjenayah mempunyai senjata api yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa orang awam.



30 comments:

Anas Arafadd said...

jika saya berminat berkhidmat dengan VAD 69...bagaimana untuk apply...adakah saya perlu melalui peringkat PDRM dulu...kemudian baru boleh ke peringkat ini....mohon penerangan....

waniejie said...

salam, bole bagi email tak? sy nk bertanya sesuatu

BUDI UTAMA said...

salam...saya individu yang sangat berminat dengan kerjaya komando.tahniah kerana memartabatkan pasukan khas ini....

Unknown said...

salam.. pada mulanya sy langsung tak minat dgn ape2 hal berkaitan aktiviti polis, namun telah hadir kesedaran ttg kepentingan pergerakan ini utk keselamatan negara.. segala keterangan yg ada pada vat69 dan UTK ni sgt menarik perhatian sy utk memahami tugas2 PGK ini dgn mendalam.. ada baiknya kita cuba memahami sedikit sbyk ttg perlaksanaan PGK ni, boleh gak tau selok belok ttg bagaimana ia beroperasi..

topojijiooo@kuis said...

saya nak tau..sape yang mengasas kan komando 69 ni...knp 69...sape orang2 yang mule2 ade dlm team komando69 ni...saya cuma nak tau,sbb tak ade sape pernah jawab soalan saya ni...hmm tolong la jawab,masa tanah melayu di bawah cengkaman komunis,komando69 ade tak...

FaizalRSD said...

69 bermaksud tahun penubuhannya iaitu 1969.maklumat keanggotaan awal susah nak dapat.lgpun dah lama.tujuan vat 69 ditubuhkan pun memang untuk menghapuskan saki baki komunis dalam hutan,cuma.kita orang awam tak tau.

ARY said...

komando 69 ke 69 komando ?

shahrulhamzah said...

Perlu masuk dan bertuas dlm PDRM dan kmudian brulah boleh mmohon utk masuk ke dlm unit VAT69 @ UTK. Tq

Unknown said...

Assalam,nk tnya tempoh latihan kmando vat69 ambl msa brapa lama?plez jwp.n trima ksh klu dpt jwp.😃

Unknown said...

Assalam,nk tnya tempoh latihan kmando vat69 ambl msa brapa lama?plez jwp.n trima ksh klu dpt jwp.😃

Unknown said...

Sy nk tau brapa lma tmpoh latihan kmndo vat69 ni.tu je.trima ksh,

Unknown said...

Sy nk tau brapa lma tmpoh latihan kmndo vat69 ni.tu je.trima ksh,

Unknown said...

Sy nk tau brapa lma tmpoh latihan kmndo vat69 ni.tu je.trima ksh,

asri_lah@cip said...

3fasa...prtama,pra pemilihan awal slama 3minggu
Fasa ke2, pemilihan awal slama tempoh 5bln
Fasa ke3, mendalam n tempoh 1bulan..

Slps serap ke unit akn ada kursus lanjutan blh smpai 2tahun... sekian

asri_lah@cip said...

69 komando @ vat 69 (very able troop)

asri_lah@cip said...

Rahsia... n skrg sudah terjual buku Melur Jelita bertajuk YANG TERUNGGUL THE ONE n 1lgi buku d bwh tulisan Melur Jelita jugak bertajuk UNSUNG HERO,HERO YG XDIDENDANG... bnyk kjyaan vat69 ddlmnya...

asri_lah@cip said...

Wsalam... GGK ,,PASKAL , PASKAU n VAT 69 adalah komando2 malaysia... terima kasih pda mereka yg memartabatkn nama malaysia dgn darah n keringat,maruah kebanggaan...

asri_lah@cip said...

Yup... replay dsini

asri_lah@cip said...

Yup... replay dsini

asri_lah@cip said...

Wsalam... GGK ,,PASKAL , PASKAU n VAT 69 adalah komando2 malaysia... terima kasih pda mereka yg memartabatkn nama malaysia dgn darah n keringat,maruah kebanggaan...

Unknown said...

seramai 30 org terpilih utk permulaan penubuhan vat69

Unknown said...

69 komando@komando 69@ vat 69 tetap sama..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...


jika permohonan kelayakan spm tidak seperti yg mereka mahukan adakah mereka boleh serap masuk? tetapi dari segi fizikal sudah mengikut syarat mereka

cinta said...

maaf tumpang tanya saya sangat berminat dalam utk. utk ditubuhkan hanya untuk lelaki sahaja ke? sekiranya wanita juga boleh menyertai saya ingin melibatkan jugak.dan apakah sayarat2 yang diperlukan?? pls... reply thanks..

Unknown said...

Utk ada anggota wanita. Tapi kalau komando vat69 hnya lelaki sahaja.

Samudera said...

SPM KAU KREDIT BM/BI/MATH mana2 pun kalau nak kerja kerajaan SPM kena kredit dulu ..

Unknown said...

Ketinggian yg dprlukn utk msuk UTK ialah 168cm..tp ketinggian sy 165.5cm..rsa2x nya sy bleh cuba x..? Mohon pncerahan

Unknown said...

Terbaik tuan

Trent said...

Boleh saya tahu apa maksud dua bintang pada bahu seorang vat 69. Adakah mempunyai pangkat yg tinggi?