Wednesday, July 2, 2008

PASUKAN KHAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)




10 Briged Paratrooper - dikenali sebagai 10 PARA - asasnya adalah satu briged infantri dalam cawangan Tentera Darat Malaysia yang dipertingkatkan menjadi satu pasukan elit didalam ATM. 10 PARA adalah elemen Pasukan Aturgerak Cepat, PAC ATM.

Senarai kandungan


Sejarah

Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.

Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.

Perihal

  • 1988 – satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.
  • 1990 – Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat.
  • 10 Oktober, 1994 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun.
  • Oktober, 1994 - 10 Para menerima latihan aturgerakcepat, dibantu oleh elemen pasukan elit Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dan dengan melengkapi sokongan operasi oleh TLDM dan TUDM. Di sekitar pertengahan latihan berupa senario menawan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah daripada penceroboh oleh Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) diterajui oleh batalion ke-8 RRD (Para).

Peranan

10 Briged Para asalnya adalah unit infantri biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit payung terjun.

10 Briged Para asalnya adalah unit infantri biasa yang kini dinaiktarafkan sebagai unit elit payung terjun.

10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.

Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.

Identiti Beret Merun 10 Para

Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus) 1.

Insignia

Motto
Motto bagi 10 Para dikenali sebagai Tindak Pantas.
Lagu perbarisan
Lagu perbarisan 10 Para ialah Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan.
Beret Merun
Digelar sebagai Pegasus. Melambangkan identiti pasukan 10 Para dan juga melambangkan unit payung terjun tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
Sayap Berdarah
Gelaran kepada sayap penerjun yang dipakai oleh setiap ahli payung terjun 10 Para. Gelaran ini diberi sempena memperingati pengorbanan pegawai dan anggotanya sepanjang penubuhan pasukan ini.sayap ini juga diguna pakai oleh anggota 69 KomandoPGK PDRM.
Genggaman PARA
Melambangkan gabungan lima jari dalam satu genggaman. Ianya melibatkan kesatuan kepimpinan dan disiplin anggota 10 Para sama ada dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Kesemua jari mempunyai maksudnya yang tertentu. Ibu jari mewakili Pegawai Tinggi Rejimen, jari telunjuk mewakili Kolonel Rejimen atau Pegawai Memerintah, jari hantu mewakili pegawai berpangkat RSM, KSM dan PTT kanan, jari manis mewakili PTT Rendah dan jari kelingking mewakili anggota pangkat rendah. Genggaman menunjukkan maksud semangat bersatu hati dikalangan warga 10 Briged Para didalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Latihan

Anggota-anggota elit 10 Briged Para semasa operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala, Sabah pada 13 November 2007. Anggota hadapan didapati bersenjatakan mesingan FN Minimi.

Anggota-anggota elit 10 Briged Para semasa operasi menggempur lokasi pengganas semasa latihan Ops Pasir di Pulau Berhala, Sabah pada 13 November 2007. Anggota hadapan didapati bersenjatakan mesingan FN Minimi.

Mana-mana yang ingin menyertai pasukan ini dikehendaki lulus dalam ujian fizikal atau dikenali sebagai Latihan Semangat Waja sebelum layak memakai beret Pegasus dan Sayap Berdarah.

Latihan Semangat Waja ini terdiri daripada:

  1. Senaman perang
  2. Larian hutan berpaya
  3. Mara lasak sejauh 12 kilometer
  4. Pelaksanaan serbuan khas
  5. Latihan 5 kilometer bagi membolos dan mengelakkan diri
  6. Latihan abseilling
  7. Latihan rapelling
  8. Junam selesa
  9. Jalan laju 22 kilometer
  10. Mendaki Gunung Ledang
  11. Ikhtiar hidup
  12. Pandu arah 33 kilometer
  13. Berjalan lasak 65 kilometer
  14. Mendayung perahu tempur sejauh 32 kilometer
  15. Berlari sejauh 7 kilometer
  16. Merentas desa
  17. Larian balak
  18. 32 kilometer bagi larian berpasukan
  19. Larian 42 kilometer
  20. Kawad tempur seksyen dan platun
  21. Kemahiran mengendalikan senjata

Latihan ini untuk ujian mental dan fizikal yang melayakkan diri seseorang itu untuk menyertai pasukan ini.

Latihan khas pula meliputi:

  1. Operasi pendaratan secara taktikal melalui udara (TALO)
  2. Latihan payung terjun
  3. Latihan tempur jarak dekat (CQC)
  4. Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO)
  5. Kursus penembak tepat
  6. Kepakaran menggunakan bahan letupan
  7. Kebolehan menembak
  8. Menembak pantas


Setelah berjaya menamatkan kursus, upacara pemakaian Beret Merun dan Sayap Berdarah kepada pegawai dan anggota akan disempurnakan oleh Panglima 10 Briged Para.

Kelengkapan

Senjata
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal/Karbin Sniper Rifles Mesingan
Beretta M92F/S Remington M870 HK MP5SD2 Colt M4A1 SOPMOD Block I Acc-Int. PM FN MAG
Browning HP Mk.3
HK MP5SD3 Colt M16A1 Model 653 MacMillan M96 FN Minimi
Colt M1911A1

Steyr AUG
HK 11A1
Glock 17




HK P9S




HK USP9




Sig Sauer P226




Sig P2022




Vektor SP1





Data Senjata Pelancar Roket dan Grened
Pelancar Grened Negara Anti Kereta Kebal Negara Pertahanan Udara Negara
M203 Flag of the United States Amerika Syarikat AT-4 Bendera Sweden Sweden Starburst Flag of the United Kingdom United Kingdom
M79 Flag of the United States Amerika Syarikat Carl Gustav recoilless rifle Bendera Sweden Sweden SA-16 Igla 9K310 Bendera Rusia Rusia
Milkor MGL Flag of the United States Amerika Syarikat M72 LAW Flag of the United States Amerika Syarikat Misil Anza Mk.II Bendera Pakistan Pakistan


Eryx SRAAW Bendera Perancis Perancis Blowpipe Flag of the United Kingdom United Kingdom

Komposisi 2008

Anggota Batalion Elit ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) dengan karbin Colt M4A1 dilengkapi dengan sistem SOPMOD yang terdiri daripada pejera optik dari jenis Aimpoint CompM4.

Anggota Batalion Elit ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) dengan karbin Colt M4A1 dilengkapi dengan sistem SOPMOD yang terdiri daripada pejera optik dari jenis Aimpoint CompM4.

Pada Ogos 2006, 10 Para berpangkalan di Kem Terendak, Melaka dan terdiri daripada:

  • 3 Batalion Elit Para:
    • Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para)
    • Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
    • Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
  • Rejimen Artileri Diraja
    • Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para)
  • Skuadron Kereta Perisai
    • Skuadron Armor Diraja (Para)
      • dilengkapi dengan senjata Alvis Scorpion buatan British dengan 90mm Cockerill Mk III gun dan Stormer APCs dengan 20 mm Oerlikon Contraves guns. Skuadron kereta perisai dikenali sebagai Skuadron "B" Armor ke-11 dan dihantar sebagai komponen kepada 10 Para pada tahun 1992.
  • unit sokongan meliputi
    • Kompeni Bantuan (Para)
    • 10 Skuadron Semboyan Diraja (Para)
    • Kor Polis Tentera Diraja (Para)
    • 361 Bateri Rejimen Artileri Diraja PU (Para)
    • Kor Kesihatan Diraja (Para)
    • 10 Komp Kor Perkhidmatan Diraja (Para)
    • 10 Komp Ordnan Diraja (Para)
    • 10 Skuadro Askar Jurutera Diraja (Para)
    • 10 Kompeni Workshop Medan (Para)
    • Platun Pandura


10 Briged Para

Lambang 10 PARA
Aktif 1970 - kini
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Cawangan Angkatan Tentera Malaysia
Jenis Pasukan Elit
Peranan Pencegah Keganasan, Pasukan elit Payung Terjun
Keanggotaan Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para),

Batalion ke-17 RAMD (Para),
Batalion ke-9 RAMD (Para)]],
Rejimen Pertama Artileri Diraja,
Skuadron Pertama Kereta Perisai,
dan pasukan bantuan khas meliputi Pasukan Isyarat,
kejuruteraan,
Perubatan,
Platun Pandu Arah

Sebahagian dari Tentera Darat Diraja Malaysia
Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Markas/Ibu pejabat Markas 10 PARA, Kem Terendak, Melaka
Gelaran Pasukan Aturgerak Cepat (PAC)
Motto Tindak Pantas
Warna Beret Beret Merun
Kawat Tiada Misi Terlalu Sukar, Tiada Pengorbanan Terlalu Besar, Tugas Diutamakan
Perang/pertempuran Operasi Astute

Ops Pasir
MALCON - UNIFIL 2007
Laman Web Log [1]

Komander
Kolonel
Rejimen
Brigadier General Suhaimi bin Mohd Zuki








Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.



PASKAL

Senarai kandungan


Sejarah

Unit anti pengganas PASKAL dalam sesi latihan amfibia. Perhatikan senjata raifal Steyr yang menjadi senjata utama ATM.

Unit anti pengganas PASKAL dalam sesi latihan amfibia. Perhatikan senjata raifal Steyr yang menjadi senjata utama ATM.

Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut. Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke London di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.

Bersama dengan anggota-anggota SEALs Amerika yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa. Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Komander Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.

Peranan

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.

Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.

Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.

Latihan

Perbarisan Tamat Latihan Asas PASKAL.

Perbarisan Tamat Latihan Asas PASKAL.

Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.

Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.

Latihan Asas Kelayakan PASKAL :

1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.

Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.

PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

Kepakaran / Kursus Khas

Pasukan elit PASKAL dengan senjata MP5A5 yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM2 dan lampu suluh Surefire sedang bersiap sedia untuk menggempur musuh.

Pasukan elit PASKAL dengan senjata MP5A5 yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM2 dan lampu suluh Surefire sedang bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Meliputi dalam negara
  1. Ujian Ikhtiar Hidup/Misi
  2. Pertempuran khas
  3. Mencari dan Menyelamat
  4. Operasi dalam bangunan
  5. Pertempuran Bukan Konvensional
  6. Ketua Seksyen
  7. Sarjan Platun
  8. Komander Komander
  9. Kepakaran Perubatan Tempur
  10. Tae Kwon Do (Tempur Tanpa Senjata)
  11. Tempur Jarak Dekat (CQC)
  12. Asas Penerjunan Bebas
  13. Teknik Abseiling dan Penyelamat Udara
  14. Pendakian Taktikal
  15. Rondaan Pengintipan Jarak Jauh
  16. Mematikan Bahan Letupan
  17. Penembak Tepat
  18. Ketua Penyelam Gempur
  19. Pengendalian Bot Kecil
  20. Pengendalian Kenderaan Tempur Permukaan
  21. Jurulatih Penerjunan Bebas
  22. Jurulatih Penembak Tepat
  23. Jurulatih Pendakian Taktikal
  24. Perisikan Khas
  25. Sarjan Pasukan Data Khas
  26. Pegawai Pasukan Data Khas
  27. Fotografi
  28. Penggunaan Pelbagai Bahasa

Persenjataan dan Kelengkapan

Persenjataan khusus merupakan isu penting dalam pasukan elit dalam menjalankan beberapa operasi-operasi khas. Dalam menjaga lebih 30+ pelantar minyak syarikat dengan aset yang paling berharga di perairan Malaysia, kelengkapan PASKAL meliputi kemajuan dan kecanggihan peralatan khusus dalam inventori pasukan keselamatan. Kini, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan yang jauh lebih ringan dan moden serta kelengkapan khusus seperti alat pandang malam, bot taktikal, motor selam mini, pejera laser bagi senjata raifal dan karbin. Dibawah adalah senarai persenjataan khas PASKAL.


Data Senjata Ringan
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal / Karbin Anti Material Penembak Tepat Mesingan
Glock 17 Franchi SPAS-12 Brugger & Thomet MP5A5 AK 102 Barrett M82 AI - AWM CETME Ameli
STI Grandmaster Mossberg 500 FN P90 PDW CAR-15 Robar RC-50 HK G3/SG-1 FN Minimi

Remington M870 HK MP5A51 Bushmaster M4
HK MSG-90 M60E2.

Remington M1100 HK MP5K PDW Colt M16A1




HK MP5SD2 Steyr AUG


1Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland. B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ianya boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.


Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar Grened Negara Anti Kereta Kebal Negara Anti Pesawat Negara
M79 Flag of the United States Amerika Syarikat AT-4 Bendera Sweden Sweden Starburst VSHORADS Flag of the United Kingdom United Kingdom
M203 Flag of the United States Amerika Syarikat Carl Gustav Bendera Sweden Sweden

PASKAL sememangnya mempunyai latihan khas yang terbaik sesuai dengan mottonya Sentiasa Terbaik, kelengkapan yang canggih dan unit sokongan khas dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia. Penggunaan karbin ringan Bushmaster M4 buatan Amerika Syarikat telah dilihat sebagai contoh utama dimana unit ini setanding atau lebih baik daripada US Navy SEALs.

Identiti PASKAL

Komando PASKAL dengan raifal AK 102.

Komando PASKAL dengan raifal AK 102.
Beret Ungu
Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh.
Celoreng
Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama dipakai oleh US Navy SEALs dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.
Trimedia
Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.Maksud :
1. Lambang Sayap Terjun - Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara
2. Lambang Jet Fin & Face Mask - Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air
3. Pisau Komando - mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.
4. Lambang Sauh - salah satu unit dalam TLDM.

PASKAL

LOGO PASKAL
Aktif 1975 - Sekarang
Negara Malaysia
Cawangan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis Pasukan Elit / Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Peranan Operasi Khas Laut, Darat & Udara , Pasukan Anti-pengganas.
Keanggotaan Sulit
Sebahagian dari Angkatan Tentera Malaysia
Markas/Ibu pejabat Pangkalan TLDM Lumut, Perak
Motto Sentiasa Terbaik
Warna Warna Ungu ( beret )
Perang/pertempuran Kepulauan Spratleys
UNIVEM II 1998, Angola
MALCON - UNIFIL, Lubnan
Komander
Kolonel
Rejimen
Laksamana Pertama Nasaruddin bin Othman
Tanda kebesaran
Lencana Trimedia PASKAL




GRUP GERAK KHAS



Grup Gerak Khas adalah satu pasukan elit utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan komando elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Kuala Kubu Bharu.

Senarai kandungan


Sejarah

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.

Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :

  1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
  2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
  3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
  4. Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
  5. Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
  6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
  7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
  8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
  9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
  10. 202072 Koperal Silva Dorai
  11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
  12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
  13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad

Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.

Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.

Anggota Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.

Anggota Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.

GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.

Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari senarai untuk menyertai Regimen Khas. Pada 1973, kor telah ditugaskan kepada 6 pegawai.

Perkembangan

Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti British, New Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.

Dalam rancangan malaysia Ke-3 dan penambahan pasukan bersenjata, Pusat Latihan Perang Khas (PULPAK) telah dibina pada 1 Ogos 1976. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi. Selepas itu, Regimen kedua GGK telah dibentuk. Kesemua tiga unit menjadikan Kem Sungai Udang, Melaka sebagai tapak. Pada 1979, Pusat Latihan telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan bin Ahmad menjadi Komandan bagi pusat latihan khas ini.

Persenjataan

Grup Gerak Khas dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit elit Malaysia. Kelengkapan GGK bukan sahaja terdiri daripada sistem persenjataan biasa, tetapi turut dibekalkan dengan beberapa model baru.


Data Senjata Ringan
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal / Karbin Anti Material Penembak Tepat Mesingan
Beretta M92FS Franchi SPAS-12 HK MP5A2 CAR-15 Barrett M95 AI - AWM Mesingan M60
Browning HP Remington M870 HK MP5A3 Colt M4A1
Blaser R93 Tactical FN Minimi
Colt M1911 Remington M1100 HK MP5K Colt M16A1 Model 653
HK G3/SG-1 RPK-74
Glock 17
HK MP5K-A5 HK G36C
HK MSG-90
Glock 19
HK MP5SD2 Steyr AUG


Glock 26





HK P9S





HK Mark 23





Sig Sauer P226





Vektor SP1





Yavuz 16 Compact






Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar Grened Negara Anti Kereta Kebal Negara Anti Pesawat Negara
M79 Flag of the United States Amerika Syarikat AT-4 Bendera Sweden Sweden

M203 Flag of the United States Amerika Syarikat Carl Gustav Bendera Sweden Sweden

Insignia

Motto Rejimen
Cepat Dan Cergas
Lambang Rejimen
Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
Beret Hijau
Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
Lanyard Biru
Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.

Tanggungjawab

Anggota pasukan elit Grup Gerak Khas dengan senjata Steyr AUG mengawal kem tamat latihan.

Anggota pasukan elit Grup Gerak Khas dengan senjata Steyr AUG mengawal kem tamat latihan.

Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.

Rejimen Gerak Khas

Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.

LATIHAN

Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3.Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa.Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu,sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam.Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat.Biasanya,50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat.Contohnya kursus siri AK/3/2006. 180 anggota diterima menyertai kursus ini setelah lulus orientasi selama 30 hari di Markas 21 GGK.Akhirnya 90 anggota berjaya menamatkan kelima-lima fasa dengan jayanya pada 24 Februari 2007,bermula pada 2 Disember 2006.

Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu,pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut.Oleh itu mereka diuji dengan keras.

FASA 1: KEM (5 minggu)

Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus.Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota.Antara latihannya seperti abseiling,senjata,bahan letupan,perubatan dan sebagainya.Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam.Pertengahan pula jalan lasak 25 km.Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.

FASA 2: HUTAN (2 minggu)

Latihan di perngkat ini seperti ikhtiar hidup,peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90 km.Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari.Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.

FASA 3: PAYA (1 minggu)

Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini,tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang,beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi.Latihan lain ialah ikhtiar hidup,peperangan di paya dan sebagainya.

FASA 4: LAUT (2 minggu)

Latihan di perngkat ini seperti serangan pantas,menyelam di dasar laut,sabotaj dan sebagainya.Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km.Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama.Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut,darat dan udara.

FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)

Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya.Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi.Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh,mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu.Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka.Dalam pelarian ini,mereka juga perlu mengelak dari ditangkap.Inilah yang dinamakan escape & evasion.Jikalau ditangkap,mereka akan diseksa sebenar-benarnya.Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap,mereka tidah boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu.Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu.Bayangkalah keperitan yang mereka alami.Maka layaklah mereka digelar KOMANDO,iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi

Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa.Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat.Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km.

Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.

Penganugerahan

Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah.Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan.Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru.Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau fairbairn & sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri.Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.

Diploma juga turut diberikan kepada anggota-anggota iitu.

Operasi yang diketahui

Insurgensi 1966-1990Pada insurgensi mulai tahun 1966 hingga 1690, Rejiment Gerak Khas terlibat dalam beberapa siri operasi menentang pengganas komunis diseluruh kawasan hutan Malaysia. Ramai diantara pengganas komunis yang berjaya dibunuh, dicederakan dan ditawan serta sejumlah besar senjata api, bahan letupan dan kelengkapan dirampas.

Kepulauan Spratley

Memandangkan unit Rejimen Gerak Khas adalah aset berharga kerajaan, perkara yang perlu difahami oleh pasukan elit tentera darat dan marin ATM adalah menjaga kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Spratley. Grup Gerak Khas dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.[1]

Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)

Grup Gerak Khas terlibat dalam operasi berprofil tinggi termasuklah operasi bersepadu dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan dalam tugas menyelamat pasukan Renjer dan pasukan elit Delta Force Amerika Syarikat yang terperangkap didalam pertempuran dengan tentera militan Jeneral Farah Aidid di Pasar Bakhara, Mogadishu, Somalia yang mengorbankan seorang krew kereta perisai MALBATT RAMD iaitu Allahyarham Koperal Aznan Awang dan 7 lagi cedera. GGK turut kehilangan dua anggotanya semasa pertempuran di bulatan K4 dimana unit ini terlibat dalam operasi yang diterajui oleh Amerika dalam tugas menangkap beberapa orang kanan Aidid.

Sukan Kommonwel ke-16

Grup Gerak Khas turut digandingkan bersama pasukan polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM dalam tugas keselamatan khas dan bersedia untuk tugas operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak-pihak tertentu) sempena Sukan Kommonwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

Bosnia Herzegovina

Unit-unit Grup Gerak Khas turut dihantar sebagai unit pengaman di Bosnia, yang mana satu dan hanya unit komando daripada Asia Timur-Selatan telah ditugaskan di Bosnia.

Timor Leste 2006

Grup Gerak Khas juga dihantar bersama dengan truper elit dari 10 Briged Para dan pasukan elit PDRM, Pasukan Gerakan Khas dalam operasi pengaman di Timor Leste, yang diketuai oleh Australia yang dikenali sebagai Operasi Astute. [2]

Insiden Genting Sempah

Pada Julai, 2007, Rejimen ke-22 Grup Gerak Khas bersama dengan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak, PASKAU TUDM dan Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan disokong oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S61 Nuri yang terhempas di Genting Sempah pada 13 Julai lalu. Walaubagaimanapun, keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.

MALCON - UNIFIL

Unit ini juga terlibat dalam misi pengaman MALCON - UNIFIL di Lubnan bersama dengan tiga lagi elemen pasukan elit ATM (terdiri daripada 10 Briged Para, PASKAL dan PASKAU) dan ditempatkan di dalam Kontinjen India dalam menjaga keamanan di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan oleh rejim Israel. Keempat-empat pasukan elit ini bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dikawasan pentadbiran ATM disana.


Grup Gerak Khas

GGK Insignia
Aktif 25 Februari 1965 - Nukleus Pertama
Negara Malaysia
Cawangan Angkatan Tentera Malaysia
Jenis Pasukan Elit
Peranan Pasukan Anti Pengganas
Keanggotaan 3 rejimen
Sebahagian dari Tentera Darat Malaysia
Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Markas/Ibu pejabat Kem Iskandar, Mersing, Johor
Motto Cepat dan Cergas
Warna Hijau Gelap (Beret)
Perang/pertempuran Insurgensi Kedua
Ops Subuh
Pasar Bakhara, Bulatan K4, Mogadishu, Somalia
UNPROFOR, Balkan
Insiden Genting Sempah
MALCON - UNIFIL 2007
Komander
Briged Komander Brigedier Jeneral Dato' Ahmad Rodi Zakaria
Kolonel
Rejimen
Kolonel Abd. Samad Yaakob

7 comments:

Mohd Shoffi said...

Tuan, Beret 10 Briged Para & Beret PASKAL warnanya sama ke atau tak sama?

Unknown said...

Tak sama tuan. 10 para warna maroon manakala paskal warna magenta seakan akan ungu

Susan bowman said...

BERITA BAIK! BERITA BAIK!

Untuk memperkenalkan diri dengan betul,
Ibu saya SUSAN [SYARIKAT PINJAMAN SUSAN BOWMAN]

Saya seorang pemberi pinjaman swasta, syarikat saya menyediakan pinjaman semua jenis dengan kadar faedah 2% sahaja. Ia adalah peluang kewangan di langkah pintu anda, memohon hari ini dan mendapatkan pinjaman cepat anda.

Terdapat ramai di luar mencari peluang atau bantuan kewangan di seluruh tempat dan masih, tetapi mereka tidak dapat mendapatkannya. Tetapi ini adalah peluang kewangan di langkah pintu anda dan dengan itu anda tidak mampu untuk melepaskan peluang ini.
Perkhidmatan ini menjadikan kedua-dua individu, syarikat, lelaki dan wanita perniagaan.
Jumlah pinjaman tersedia antara jumlah pilihan anda untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel:

Susanbowmanloancompany@gmail.com

Nizam said...

Warna beret bagi pasukan 10 Briged Para dan juga PASKAL tidak sama

Afnan said...

Tuan,memang orang awam tak bole memohon? Memang kena masuk tentera darat dulu ya? Kalau ya kat mana nak apply ya?

Fyra Farisya said...

Nk jadi anggota pasukan elit ni mmg kena masuk askar dulu encik, kemudian baru boleh volunteer nk masuk kursus asas komando tu pun latihan dia fuhh mmg mencabar mental&fizikal.. Sy sndiri dah tgk video latihan dorg mcmana ��

Bkl tunang sy pn sedang menjalani latihan kursus asas komando di kem sg udang skrg ni, kalau kita sbgai org awam terus nk masuk unit latihan khas ni mmg xdaya encik.. Latihan semasa orientasi shj pun xtentu masa, dgn tak cukup tdo dan rehat mmg kita tak akan larat ��

Sedangkan anggota tentera yg dh biasa dgn latihan jasmani dan PT pun ada yg tak berjaya nk habiskan latihan komando apa lg kita ��

Maaf yg tuan punya blog sy tlg jwbkan hehe ✌️

Unknown said...

Kor Agama Tentera pon boleh join komando ke? and antara komando dgn 10 briged para mana satu yang lebih mencabar ujiannya?